Feb 28, 2022
[???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????????????????? ????????????????]????
MAJLIS IHTIFAL l SESI 2021/2022 l AULAD 6 l TADIKA AULAD PINTAR PASIR TUMBOH & TUNJONG
.
Tarikh : 26 FEBRUARI 2022 (Sabtu)
Tempat : DEWAN PUTERI SA’ADONG HOTEL GRAND RIVERVIEW KOTA BHARU
.
Alhamdulillah,
Majlis Ihtifal Tadika Aulad Pintar yang melibatkan pelajar-pelajar 6 tahun daripada Tadika Aulad Pintar Pasir Tumboh & Tunjong berjalan dengan baik dan lancar sepertimana yang telah dirancang oleh pihak pengurusan Aulad Pintar Education Sdn Bhd (APESB).
Seramai 60 orang pelajar telah bergraduasi pada majlis tersebut. Kami daripada pihak pengurusan APESB ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar 6 tahun sesi 2021.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibubapa diatas kehadiran dan sokongan yang berterusan kepada Tadika Aulad Pintar.
Terima kasih juga kepada guru-guru Aulad 6, pembantu guru, staf pengurusan HQ dan staf Rekajitu yang berganding bahu membantu menjayakan Majlis Ihtifal Tadika Aulad Pintar sesi 2021/2022 ini.
Akhir kalam, kami daripada pihak pengurusan APESB memohon beribu kemaafan andai sepanjang majlis ini berlangsung ada sebarang kekurangan daripada pihak kami. Kami mendoakan agar pelajar-pelajar kami terus berjaya ke peringkat seterusnya. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada semua.
#ihtifalceremony2021
#kitajagakita
#normabaharu
#tappasirtumboh
#taptunjong